Thursday, September 22, 2011
4th day @KPJ Ampang Specialist Hospital
Friday, May 6, 2011
teringin....kek batik...

Lebih gembira lg bile ibu aku ckp SEDAP !! hahaha..1st time buat dpt pujian, ni yg rasa nk buat lg ni..terasa bangga la plak bile dipuji kn..hasil dr bhn2 smlm, dpt la 2bekas tupperware..cukup kot utk bg hubby aku rasa nnt...arini hubby blk sini ( umh ibu abh kat tanjung rambutan ni ), xsbr nk bg dia rasa hasil air tgn aku..harap2 dpt la pujian lg kn..hehehe
Kek batik ni bukan boleh hadap sampai abis pon..manis..kene mkn sikit2 la..br terasa nikmat nye tu kn?? kn?? ok lah, sampai sini dulu cite pasal kek batik ni ye..jumpe kat entry yg lain ok..
Wednesday, May 4, 2011
Faedah Susu Ibu
Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi.
Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud;
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."
Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik/ susu buatan daripada susu lembu.
Walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyamakan khasiat dengan susu ibu sendiri, tetapi susu sintetik masih belum dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu.
Susu ibu adalah makanan yang terbaik bagi pembesaran bayi semenjak dilahirkan lagi.
Begitu agungnya Allah, sebaik bayi dilahirkan, proses pengeluaran susu ibu juga bermula.
SubhanAllah, susu ibu mengandungi khasiat yang tepat mengikut perkembangan bayi.
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali sebagai Kolostrum dan mengandungi tiga kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.
Kolostrum mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran.
Susu ibu bersih dan bebas daripada bakteria, tambahan pula susu ibu mengandungi DHA dan AA (yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu).
Kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.
Faedah Penyusuan Bayi
01.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti. Hal ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung. Sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah. Selain itu, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema.
02.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang bakteria pembawa penyakit. Walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi.
03.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu.
04.Mencegah dari penyakit rabun malam.
05.Mencegah bayi daripada mendapat alahan.
06.Menggelakkan penyakit taun.
07.Menggelakkan jangkitan telinga.
08.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi perkembangan sistem otak dan saraf. Ia tidak terdapat dalam susu tiruan.
Sekian sahaja ilmu yang dapat saya kongsikan untuk anda semua, mudah-mudahan ilmu yang sikit ini mendapat berkat dan sebarkan demi kebaikan bayi-bayi kita.
30 days challenges
Nak try buat sume ni..tp xtau la bile blh abis kn.hehehe...g'luck 4 me!!!
Day 2 - Your favorite movie
Day 3 - Your idea of the perfect first date
Day 4 - Your favorite photo of your best friend
Day 5 - What makes you different from everyone else?
Day 6 - A song to match your mood
Day 7 - A photo of an animal you'd love to keep as a pet
Day 8 - Your dream wedding
Day 9 - A photo of the item you last purchased
Day 10 - A photo of your favorite place to eat
Day 11 - A photo of your favorite memory
Day 12 - Your current relationship, if single discuss how single life is
Day 13 - A photo of your favorite band or artist
Day 14 - A TV show you're currently addicted to
Day 15 - Something you don't leave the house without
Day 16 - Short term goals for this month and why
Day 17 - How you hope your future will be like
Day 18 - 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 - A photo of something you want to do before you die
Day 20 - The meaning behind your blog name
Day 21 - A photo of something that makes you happy
Day 22 - A letter to someone who has hurt you recently
Day 23 - 15 facts about you
Day 24 - A photo of something that means a lot to you
Day 25 - Who are you?
Day 26 - A photo of somewhere you want to go
Day 27 - What kind of person attracts you?
Day 28 - In this past month, what have you learned?
Day 29 - Something you could never tired of doing
Day 30 - A photo of yourself today + 3 good things that have happened in the past 30 days
Sunday, May 1, 2011
Hadiah dr Maktok & Atok...

sian anak mummy...

Friday, April 29, 2011
mEmOri....
Back to the title...memori yg aku maksud kan ni memori masa masa awal2 kenal hubby..pejam celik je...jap je masa ni berlalu..terasa mcm baru je knl, baru je declair, baru je bercinta, baru je bertunang, baru je kawen...hehehhe..sume cam baru je la..ntah ek..rinduuuu.....
Teringat masa mula2 knl hubby ni..
1st time jumpe masa kat teambuilding Ogos 2008..mmg xknl pon sape hubby ni..knl nama & suara je..xsangka pertemuan pertama tu, jodoh aku..hehehhe..(mood gatal....). Bermulanye hubungan aku & hubby...
Jom tgk gmbr2 kesemua majlis...


Setelah setahun bertunang, kami memutuskan utk memilih 15052010 sbg hari bersejarah kami..sekaligus menjadikan hari kelahiran aku yg ke-25 tu hari yg plg bermakna dlm hidup kami..
Majlis bersanding pula pd 16052010..sgt meriah..bile tgk gmbr2 & video2 org skrg kawen, rs cam nk ulang balik majlis dulu..heheh..nak buat lg baik dr dulu..tp mjls dulu pon dh cukup baik dah..



Wednesday, April 20, 2011
Ku Tlah Jatuh Cinta
Kini ku mulai bertanya
Salahkah keinginan ini
Tak tahu entah bagaimana
Diriku cinta padamu
(Bridge)
Hanya bila kau membalas
Cinta kan jadi milikmu
Reff:
Ku pastikan hatiku untukmu
Sejak pertama kau tatap mataku
Hanya senyummu mengisi relung hatiku
Ku t’lah jatuh cinta
Pernah ku sempat kecewa
Tak bisa lagi ku terluka
Tunjukkan satu jalan lain untuk ku
Hapuskan dilema dari rasa ragu
Love this song!!!
Monday, April 18, 2011
Increase your BM
Wanita
Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini
Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..
(Korus)
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia
(Korus II)
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..
(Ulang Korus I)
(Ulang Korus II)
aaa… Ku wanita
aaa… Ku wanita….
Yang hanya perlu kau fahami
(Ulang Korus) (2x)
Oh apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..
Wanita… woohoo..
Ku Wanita… ooo…
Wanita…
Friday, April 15, 2011
Dzahin Day-19 = 3.6kg
Wednesday, April 13, 2011
Jaundice @ kuning
Hari ke-4 Dzahin admit wad, pg2 doc buat rondaan & tgk kuning skit kat muka Dzahin...trs dia letak Dzahin bwh lampu biru..pastu br mik drh & hasil blood test tu, Jaundice still under photo level & doc stop kan lampu biru tu..alhamdulillah..igt teruk sgt kuning Dzahin ni...
Masa Dzahin dok bwh lampu tu, rasa sebak je..terasa cam Dzahin tersiksa dok bwh bahang lampu tu..nangis2 dia bile aku letak xberbaju..
Day-6
Yeay...arini Dzahin dah blh kua...best nye rasa ati..lega pon ada sbb dh xdok hosp dah..hahha..lega sbb dpt berpantang kat umh..kat hosp xberpantang lgsg..cuma pantang mkn je..sedih kn??
Alhamdulilllah sampai shah alam dlm kul6ptg..
G6PD deficiency
Dr awal lg doc dh terangkan kat aku kalau aku dpt baby boy, baby akan jd pembawa G6PD sbb aku sendiri ada G6PD ni..nak tau G6PD ni ape???
"G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.
Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am. Ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria seperti Asia Tenggara, Afrika dan juga Mediterranean.
Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria."
Komplikasi
Kebanyakan pengidap masalah kekurangan G6PD biasanya jarang mengalami sebarang gejala atau kompilasi. Pada penghidap yang terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti beberapa jenis antibiotik dan ubat anti malaria, sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. Akibatnya pesakit akan mengalami gejala penyakit kekurangan darah (anaemia) seperti pucat, sesak nafas, lemah dan tidak bermaya. Bagi bayi yang baru lahir, mereka mungkin lebih mudah mendapt penyakit kekuningan di seluruh wajah dan tubuh badan (Jaundice).
Bagaimanakah G6PD diwarisi?
G6PD berlaku akibat mutasi (perubahan) terhadap gen yang terdapat pada kromosom X, iaitu salah satu kromosom yang menentukan jantina seseorang individu. Kromosom X secara tunggal dapat diketemukan dalam sel-sel gamet seperti ovum atau sebilangan nukleus yang terdapat dalam sperma. Oleh itu, kebanyakan pengidap kekurangan G6PD adalah lelaki yang mempunyai padanan kromosom XY, manakala wanita yang mempunyai padanan kromosom XX kebanyakannya adalah sebagai pembawa yang sihat sahaja. Untuk seorang wanita yang mengidap kekurangan G6PD, kedua-dua kromosom X nya perlu mengalami mutasi dimana keadaan seperti ini amat jarang berlaku
Rawatan
Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi. Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang, terdedah kepada ubat gegat dan meminum air kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam sesuatu masa dimana anda tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan, dan tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula atau nutrien yang tinggi pada sesuatu masa. Anda juga harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya.
our lil prince.....Muhammad Dzahin Danial b Mohd Dzulkifli
28/03/11
05:19am
2.9kg
hosp ampang, selangor
Alhamdulillah...ni 1st time aku dukung baby sendiri..bgn je dr tido tghari tu, hubby,fmly & MIL pon dtg melawat...syukur sume nye selamat & sihat...cuma terpaksa dok jauh dr baby Dzahin sbb Dzahin admit kat NICU..
Masa tgk Dzahin kat NICU, rs cam xpercaya tu anak sendiri sbb Dzahin putih melepak, sepet & comel sgt..terharu...daddy Dzahin pon nmpk excited sgt dpt pgg baby sendiri..
kaki Dzahin
Setiap kali dtg tgk Dzahin kat NICU, mst dia dah tido kekenyangan..pejam je mata nye..atok, maktok & nenek pny la excited nk tgk cucu tp xkesampaian sbb Dzahin xleh kua lgsg dr bilik NICU tu..sedih gak tgk dieorg dtg ari2 tp xdpt tgk..
Cukup 24jam Dzahin dlm NICU, doc off kn antibiotik..igtkan dh blh discaj, tp doc tgk Dzahin ada G6PD, kne tahan 5ari lg..sedih je bile dgr kne dok wad lg..lama tu nk dok hosp..dh la fmly xleh msk melawat..
Day-2 ~~~yeay..mummy dh blh discaj
2nd day kat hosp....dah blh kua..tp sedih sbb Dzahin xblh blk skali...kne dok lg 5ari utk pantauan doc..ms dok bilik kat wad 4C, tkt jgk sbb dok bilik katil single..dah la bilik ujung skali..tp pejam je la mata..
B4 blk, sempat la pi jenguk Dzahin..xleh nk stay hosp sbb katil xd..so terpaksa la blk umh & ulang alik pi jenguk Dzahin..
saat getir..
otw ke hosp tu, smpt sggh petronas..sian kat hubby..lapar..dia belikan milo kotak & roti..kami mkn dlm kete smbl smbg2..blh lagi gelak2 time ni sbb xd rs sakit lgsg..hahaha..sampai kat hosp dlm kul530, trs ke emergency & reg nama..pastu msk LR, doc dtg & check bukaan br 1cm..blh plak doc tu tny," awk dok shah alam? tp np awk dtg ampang??" aku pon jwp blk dgn jwpn yg menipu sbb mmg dh terpk dah doc & nurse mst tny soklan tu " sy blk umh mertua kat ampang ni doc" hahahah..lallallaa..mmg jwpn yg dirancang tu sbnrnye sbb tau doc tu mst ckp mcm2 lau kita jwp mmg pilih hosp tu..
Disebabkan kes aku ni kes leaking, wpon br je bukak 1cm, trs admit wad..msk je wad, aku trs rs ngantuk..lyn mata dulu sementara tggu hubby mik brg2 dlm kete & belikan bfast...pas bfast, smbg tido blk..agak bosan jgk la dok wad ni..dh lama xdok wad.hahha..mkn tido je la jwp nye..
tepat kul1230tghri( waktu melawat ), fmly aku & MIL pon msk melawat...sume tny, ada rs sakit x? aku pon jwp smbil gelak2..xd rs pape pon..lama jgk la dieorg dok sna.sampai bis wktu melawat..tp dlm kul6 ptg tu, aku cam rs sakit2 perut..cam memulas..xsgka tu contraction yg awl..mula2 sakit setengah jam skali..hubby tny aku ok x, aku ckp aku msh ok sbb igt sakit tu memulas nk membuang..dh rs sakit sgt, aku mtk nurse tlg check kn bukaan..mn la tau dh bukak byk ke..kul7pm check, bukaan masih 1cm...hampa plak aku rs sbb aku dh mula rs sakit sgt..mkn mlm pon aku xbape nk lalu sgt tp tpksa jgk aku mkn utk bekalan tenaga...
pas hubby blk, contraction makin kuat, 15min skali..aku dgr akak dpn katil aku ckp, lau nk cptkan bukaan, bile rs sakit je, try teran..aku pon cuba la..alhamdulillah, dlm kul10pm, check lg skali, bukaan dh 3cm..wpon sakit, aku ttp bertahan..dlm sakit2 tu, xputus2 aku mtk maaf kat hubby..mtk dia halal kan mkn minum aku...doakan aku mudah segala2nye.. kul1230, nurse dtg check lg & bukaan dah 4cm..trs nurse soh bersiap sbb nk bwk ke LR...aku pon trs call hubby soh dtg wad & kms2 kn beg aku & tggu aku kat LR..
Aku start msk LR kul1am...ya Allah, seram sejuk aku dgr suara2 dlm LR tu, menjerit2 meneran nk kua kn 1nyawa..sorg2 dlm LR tu dh selamat melahirkan..mmg agak kelam kabut la keadaan dlm tu..sian kat doc & nurse terkejar2 tolong sorg2 pesakit...
Bukaan full aku dlm kul4am..sakit contraction tu hanya Allah je yg tau..subhanallah..sakit yg amat..Alhamdulillah hubby sentiasa ada di sisi ms aku sakit tu..dia tlg n sama2 baca doa nabi Yunus..blh plak aku tetido ms dh fully tu..bile sakit br terjaga..ni sume gara2 sedut oksigen yg nurse tu bg..dia kata akan kurg kn rs sakit..ngantuk ada la..
dlm kul5am aku still xmampu kua kan baby...kepala baby dh nampak tp aku xd tenaga nk push..tarik nafas pon xleh pnjg..rs haus sgt ms tu..nurse2 sampai tengking2 soh aku cpt push kuat2..sian kat baby kat sangkut lama kat bwh tu..aku smpai soh doc tarikh baby gna kaedah forsep..doc mrh aku blk sbb dia kata forsep tu nnt akan buat terkoyak besar..wahhhh...ngeri nye..doc terpaksa buat keputusan gunting skit sbb aku btl2 xd tenaga..pastu bile rs sakit j, aku try push sekuat ati & nurse2 tlg tolak2 baby dr atas perut..zasssss....baby dh kua..alhamdulillah..aku blh tetido sampai nurse tu kejut kan soh tkr bj n pkai pad..dah setel sume, nurse bwk aku naik wheelchair & tggu baby siap azan..bile dh siap, nurse soh aku tgk baby jap tp xdpt cium baby sbb aku xlrt nk bgn..just tgk dr dlm baby cot je..pastu baby trs dieorg anta msk NICU utk on antibiotik sbb kua lbh 24jam dr leaking time...aku plak dieorg tolak msk wad utk rehat..mg abis tenaga lgsg la..msk je wad, aku tkr pad & tido..tp xbape lena sgt lenguh2 bdn..tido jgk la sampai tghari...
Saturday, February 19, 2011
Happy Birthday !!!!!!!

selalu nye org celebrate & buat suprise birthday time tgh mlm kn..tp kali aku terpaksa celebrate & suprise kan hubby pg2 b4 hubby pegi keje..heh, mmg xreti pon nk buat kejutan ni..tp alhamdulillah berjaya jugak..





Sunday, February 6, 2011
Persediaan utk baby

sebelum ape2, pastikan baju baby dibasuh dulu ye..hehehe..liquid wash ni wangi gile..jd geram bile bau..wangi semerbak, 1 umah bau pencuci ni tau..

bile sidai rs cam byk la plak kn..penuh ampaian ni..masa sidai ni la br terasa xlama lg akan ada org baru..sgt2 excited mummy n daddy tau..



Friday, January 28, 2011
Honeymoon @ Bali (7/11 - 13/11/2010)
Ni 1st day we all jln2 sndiri kat pekan Kuta..naik motorbike/skuter gitu..hehehehe..sonok..ni la 1st time aku naik motor dgn hubby...mula2 tu gayat jgk la..tp bile dah sampai tu, agak sonok la..hahahha..masa ni jugak la we all dpt jln2 n merasa pasir pantai kuta..tengahari terik wei....pasir pon panas!!!! mmg terbakar ar kulit masa pi kuta ni..sgt2 panas..sempat jgk la we all shpg2 kat dlm hard rock ni..beli t-shirt sndiri, kiriman kwn2 kat gift utk cik Iylia & pasangan yg sudi sponser honeymoon we all ni...
Planet Hollywood Bali:
Next day plak, bile dah pro jln2 kat bali ni...we all rase best lak..pg2 pas bfast, trs naik motorbike pi jln2 cari pasal..hehehe...kali ni pi Planet Hollywood plak..b4 tu kitaorg sempat ronda2 dalam Galleria Mall sbb sebelah2 je ngan Planet ni..bile dah kata skali seumur hidup tu, hahaha..we all beli plak t-shirt Planet utk buat kenangan..
ni masa lepak2 ptg kat pantai legian...wpon pantai ni xla cantik cam pantai kuta..tp ramai gile yg dtg mandi sini..siap surfing lg...mcm2 perangai blh jmpe kat sini...yg org melayu malaysia nye la...budget org xknl dia tu melayu, dh la berbikini..pastu act cam dia org putih..speaking2 dpn kita..haaha...sekali kantoi org KL daaa....hehehe..kat pantai ni sempat jgk merasa mee bakso..sedap..mmg ptt pon org ramai beli kat makcik tu..plg best skali dpt minum air botol sna..klasik gitu..kat malaysia dh xd dah botol tu..
ni plak kat pantai Jimbaran...tpt dinner plg romantik la katakan..tp mmg btl2 romantik sbb dpt tgk sunset smbil mkn mlm..sbb kat bali ni kul6 je matahari dah terbenam..kira kul6 tu dah gelap la..mknn dia pon best..seafood..blh pilih sndiri ape kita nk mkn or pilih je set2 dlm menu yg ada..harga?? paham2 je la lau tpt2 ceni kn..tp skali skali @ sekali seumur hidup..xslh lau berhabis skit kn..
Botanical Garden :
cantik tpt ni...taman yg penuh ngan bunga2 segar..lanskap yg sgt2 cantik..lama jugak kitaorg abis kan masa kat tmn ni je..sejuk mcm kat genting/cameron tau...maklum la...penuh ngan tumbuh2an segar...
masa ni dah nk berangkat balik KL...rs sedih plak sbb dh abis cuti2 di Bali...masa ni br kul715 lbh kurang..tp dah cerah mcm kul8/9 pagi lau kat Malaysia..kn2?? sempat gak posing2 dulu kat area airport b4 naik flight..
Selamat tinggal Bali.................
Thursday, January 27, 2011
My Baby-21w4d
My Baby-30weeks

Bln ni mummy nk abis kn beli brg2 baby..sbb dh nk msk 8bln kn..riso lau persediaan xsempat..excited sgt ni nk shpg brg2 baby..bile dh settle shpg, tugas mummy plak nk basuh bj n brg2 lain utk simpan dlm beg baby nnt...